Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu
  Selamat Datang ke Laman Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu. Kemaskini pada 25hb Mei 2006. Selamat Melayari Laman ini.  
 
: : Pengenalan : :
Laman web ini menyediakan kemudahan kepada orang ramai amnya dan usahawan khasnya untuk mendapatkan maklumat berkait aktiviti-aktiviti keusahawanan yang dilaksanakan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) serta agensi keusahawanan yang lain. Antara maklumat yang dibekalkan seperti event keusahawanan, pembiayaan, kursus dan sebagainya yang boleh anda sertai.

Bersama-samalah dengan YPU dalam usaha memantapkan lagi golongan usahawan khususnya usahawan di negeri Terengganu dalam menempuh era globalisasi. Pihak YPU yakin laman ini akan menjadi sebahagian daripada sumber keusahawanan yang anda perlukan dari masa ke semasa.

: : Berita Terkini : :

Dec 1, 2005 - 5:58 am
EKSPO INDUSTRI DESA
Ekspo Industri Desa Kali ke 5 yang akan diadakan pada 30 Mac - 2 April 2006 ditunda kepada 25 - 28 Mei 2006 bertempat di Pusat Dagangan Terengganu (TTC). Yuran penyertaan sebanyak RM500.00 sahaja. Untuk keterangan lanjut, klik di sini.

Aug 14, 2005 - 6:28 am
PENJENAMAAN T'LEKOR DAN T'DAGANG
Ketika merasmikan Pameran dan Persidangan Inovasi, Pebungkusan dan Penjenamaan Kebangsaan 2005 di Universiti Lim Kok Wing, Perdana Menteri turut menyaksikan upacara menandatangani Memorandum Persefahaman antara Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu dengan Universiti Lim Kok Wing. Pada majlis itu, Terengganu diumumkan sebagai negeri pertama melancarkan franchais dan jenamanya sendiri yang dikenali sebagai T'LEKOR dan T'DAGANG. Untuk keterangan lanjut, klik di sini.

Laman ini direka oleh Christina Low Li Cheng.
Hakcipta 2005, YPU Terengganu
Semua bahan paparan adalah hakcipta terpelihara.
Sebarang penggunaan tanpa kebenaran YPU Terengganu adalah dilarang.