Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu
  Selamat Datang ke Laman Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu. Kemaskini pada 25hb Mei 2006. Selamat Melayari Laman ini.  
 
: : Sinopsis : :

Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) ialah sebuah perbadanan yang mempunyai objektif untuk menjadi sebagai 'One Stop Agency' keusahawanan yang akan membantu menjana pembangunan keusahawanan nageri khasnya dan negara amnyaa. Proses perlaksanaan objektif tersebut mensasarkan matlamat-matlamat berikut :

Ke arah meningkatkan bilangan usahawan kelas menengah yang berwibawa ke tahap global.
Mempertingkat dan memperkembangkan jalinan keusahawanan dan keupayaan pengetahuan usahawan sedia ada.
Menyediakan kemudahan prasarana pembangunan keusahawanan dalam usaha membantu peningkatan daya saing & daya maju usahawan tempatan.
Mewujudkan pengurusan, budaya dan ruang korporat YPU yang menjadi tunggak kecermelangan usahawan.
Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu telah diperbadankan pada 31 Mac 1994 dibawah AKTA SYARIKAT 1965 sebagai sebuah syarikat "LIMITED BY GUARANTE" (Jaminan Terhad). Ianya mula beroperasi pada 1 Julai 1994 dengan berorientasikan gabungan obligasi sosial dan keuntungan demi membawa manafaat kepada golongan usahawan.

: : Visi : :

"MEMBANGUN USAHAWAN & PENIAGA BESTARI KE TAHAP GLOBAL"


: : Misi : :

"MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN BERKUALITI MENERUSI PERKONGSIAN PENGETAHUAN, KEWANGAN, KEMAHIRAN, KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR, PENEROKAAN PELUANG PERNIAGAAN, KHIDMAT NASIHAT DAN PROMOSI PRODUK "

Sebelah >>

Laman ini direka oleh Christina Low Li Cheng.
Hakcipta 2005, YPU Terengganu
Semua bahan paparan adalah hakcipta terpelihara.
Sebarang penggunaan tanpa kebenaran YPU Terengganu adalah dilarang.