Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu
  Selamat Datang ke Laman Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu. Kemaskini pada 25hb Mei 2006. Selamat Melayari Laman ini.  
 
: : Info Usahawan : :

Info Usahawan telah diperkenalkan dan diterbitkan oleh YPU pada Januari 1999. Info Usahawan ringkasan kepada Informasi Usahawan yang diterbitkan atas daya cetusan idea Pengurus Besar YPU yang begitu prihatin serta menyedari kekurangan sumber maklumat perniagaan dan keusahawanan yang boleh menjana daya saing para peniaga dan usahawan. YPU menyedari usahawan merupakan aset penting dan menjadi nadi penggerak dalam membangunkan ekonomi. Namun begitu, masih ramai kalangan usahawan memerlukan panduan tentang bagaimana mereka harus memulakan perniagaan dan seterusnya maju dalam bidang yang diceburi, tetapi kekurangan sumber maklumat.
Justeru itu, diharap Info Usahawan akan menjadi pendekatan terbaik dan merupakan kesinambungan dari usaha YPU di dalam menyediakan sumber maklumat yang dijadikan panduan kepada para usahawan atau bakal-bakal usahawan khususnya Ahli Bersekutu YPU.

Info Usahawan tidak lagi diedarkan mengggunakan cetakan, tetapi hanya melalui internet, yang dikemaskini dari masa ke semasa yang boleh diperolehi oleh semua pengguna. Matlamat Info Usahawan adalah ke arah meningkatkan daya saing dan budaya keusahawanan di kalangan usahawan tempatan. Justeru itu, Info Usahawan akan menghidangkan info-info terkini perniagaan dan keusahawanan merangkumi info seperti berikut :

: :
: :
: :
: :



Info Kemudahan Pembiayaan Perniagaan.
Tips-tips Kejayaan Keusahawanan.
Peluang-Peluang Perniagaan.
:Info Semasa Keusahawanan dan Perniagaan.

Berikut antara laman web yang penting untuk para usahawan mendapatkan maklumat lanjut iaitu ;-




Bank Negara Malaysia (BNM)
Jabatan Statistik Negara
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
Majlis Amanah Rakyat (MARA)

  sebelah >>

Laman ini direka oleh Christina Low Li Cheng.
Hakcipta 2005, YPU Terengganu
Semua bahan paparan adalah hakcipta terpelihara.
Sebarang penggunaan tanpa kebenaran YPU Terengganu adalah dilarang.